Posted by
Unknown |
09.25
Bagaimana nak bina autoblog dengan cara yang paling mudah dan tidak memerlukan kos langsung? Tidak perlu hosting, tidak perlu domain berbayar.Camana tu? Mari kita bina autoblog dengan menggunakan blogspot.
Cara setup autoblog dengan Blogspot.
1. Pergi ke Blogger.com. Log in ke account Blogger anda atau jika masih belum ada akaun Blogger. Anda cuma perlu Sign Up. Caranya amat mudah kerana Google mengguna semua akaun yang sama untuk pelbagai service seperti Gmail, Google Analytic,Blogger, Adsense, Adwords dan lain-lain.
2. Setelah Log In, pilih Create new blog. Namakan blog anda ikut niche yang dipilih.Contohnya carinsurance.blogspot.com untuk niche insuran kereta.Customize blog anda supaya nampak lebih profesionl dan legit;seperti tukar template, susun widget di sidebar dengan teratur, letakkan privacy policy page,dan ikut suka anda nak hiaskan autoblog tetapi jangan terlalu fancy nanti susah hendak loading.
Note: untuk bagi autoblog anda lebih searh engine friendly, kena buat SEO sikit ; research keywords, gunakan keywords sebagai blog url, guna keywords sebagai post title,metatag etc.
3. Selepas create blog pergi ke Settings > Email & Mobile. Create email yg anda akan guna sebagai "mail-to-blogger" email. This should look like this: namabloganda.namaapasaja@blogger.com. Contoh carinsurance.akuda.blogger.com. Then under the settings, click "Publish emails immediately". Selepas ini apa sahaja yang dihantar ke email akan di posted ke blog anda. Amacam jelas tak? Langkah seterusnya...
4. Create satu lagi akaun Gmail baru yang akan digunakan khas untuk projek autoblog anda. Jangan gunakan email peribadi pulak. Nanti habis email aweks di forwardkan ke autoblog anda.Hehehehe.Create satu email baru dan namakan sesuai dengan niche yang anda pilih. Cthnya carinsurance@gmail.com.
5. Setelah akaun baru aktif, akan kena Setting supaya email yang bakal diterima oleh Gmail baru di forwardkan ke autoblog anda. Pergi ke SETTING, Pilih FORWARDING AND POP/IMAP dan di dalam pilihan itu masukkan alamat mailtoblogger yang anda cipta awal tadi carinsurance.akuda@blogger.com. Kemudian click SEND VERIFICATION. Gmail akan menghantar verification number ke autoblog anda. Anda pergi balik autoblog anda dan copy number yang diberikan dan click arahan untuk menerima
email dari akaun baru anda atau pergi email baru tadi dan masukkan verification number tadi dan verify. Sekarang autoblog anda telah aktif. Semua email yang diterima oleh email carinsurance@gmail.com akan di post ke autoblog anda.
6. Proses seterusnya anda cari blog yang berkaitan dengan niche anda dan subscribe feednya. Langgan feed dengan menggunakan email yang baru dicipta. Tapi pastikan feednya jenis full bukan short.Jika tak anda akan terima post yang short juga. Anda boleh cari feed RSS di SYNDIC8.COM. Taip sahaja keyword anda dan SYNDIC8 akan menyenaraikan feed dari pelbagai blog berkaitan. Setelah mendapat feed yang sesuai, pergi ke feedmyinbox.com dan masukkan url feed di FEED URL dan masukkan email khas untuk autoblog anda.
Sekarang autoblog anda dah siap untuk beroperasi sepenuhnya.
Kelemahan autoblog jenis ini.
* Duplicate post
* Dirty post. Sebab sesetengah feed tidak sesuai untuk blog anda. Ada yang separuh dan juga hanya tajuk sahaja.
* Perlu diedit kerana tidak semua post berada dalam keadaan tersusun.
* Mudah di ban jika dah popular. Biasanya autoblog jarang dirank oleh Google kecuali telah diedit. Satu lagi jangan dedahkan nama blog Author dan disablekan NAV di bahagian atas blog. Kalau tak, senang orang nak flag jika owner kepada original post terjumpa post mereka atau berada di autoblog anda. Kalau boleh jangan monetize dengan Adsense, anda boleh gunakan Clickbank, jual produk affiliate ker atau lain-lain ads service.
Tips:
Untuk dapat post yang unik dan penuh. Anda hanya perlu langgan mailing list atau newsletter terutamanya yang offer e-course. Dari sini akan mendapat satu post yang unik dan menarik untuk dibaca. Jangan guna email baru sebarangan jika tidak mahu autoblog penuh dengan post Viagra, Cialis, Bank of Nigeria atau Vemma. :p